Isu Semangat Kebangsaan Yang Dipegang Oleh UMNO


       Isi kandungan halaman ini adalah inti pati yang saya petik daripada perdebatan saya dengan seorang yang menggelarkan dirinya Ayah Aji. Perdebatan ini berlaku di dalam arena mailing list yang diadakan oleh PAS iaitu Hizbi Net. Saya masih menyimpan teks mentah mel berkenaan dan anda boleh melihat kandungannya.

       Halaman ini hanya memaparkan semula isi kandungan mel tersebut dalam bentuk yang lebih berformat, senang dibaca, dan mengandungi pembetulan-pembetulan serta tambahan- tambahan tertentu daripada rujukan susulan yang saya buat kepada sumber-sumbernya. Halaman ini masih dalam pembangunan.

Terima kasih,

Muhazam.



      PAS berhujah untuk mengasobiyyahkan UMNO dengan sebuah hadis yang maksud matannya:

"Bukan dari golongan kami orang-orang yang menyeru kepada asobiyyah"
Saya tidak menemui hadis ini di dalam kedua-dua kitab Sahih Bukhari dan Muslim. Mungkin saya tidak ternampak. Oleh itu kalau sesiapa mengetahui kitab sumber hadis ini sila kongsikan bersama dengan saya untuk memastikan tarafnya.

      Daripada hadis ini PAS mentafsirkan asobiyyah sebagai perkauman. Bertitik-tolak dari situ PAS seterusnya mentafsirkan nasionalisme yang bermaksud semangat kebangsaan juga sebagai perkauman. Oleh itu asobiyyah adalah sebenarnya nasionalisme bagi orang-orang PAS.

      Daripada situ, oleh sebab Rasulullah s.a.w. menolak golongan asobiyyah, maka golongan nasionalist juga tertolak kerana asobiyyah dan nasionalisme adalah sinonim. Dan oleh sebab UMNO memang dasarnya adalah nasionalisme, maka UMNO juga adalah termasuk ke dalam golongan yang tidak diakui umat oleh Rasulullah s.a.w. Itu kesimpulan yang dibuat oleh PAS.


Hujah Defensif UMNO Terhadap Hujah Di Atas


      Apabila berhujah dengan al-Qur'an dan Hadis, maka kita hanya boleh menggunakan kekuatan aqal apabila kita ingin membuat kesimpulan atau bandingan yang tidak terdapat di secara direct di dalam al-Qur'an dan Hadis. Berkaitan dengan itu, dari manakah datangnya kesimpulan bahawa asobiyyah dan nasionalisme adalah sinonim ? Jelas ia hanyalah deduksi berdasarkan bahasa sahaja; dalam erti kata lain, ia hanyalah deduksi berdasarkan akal.

      Adakah ia dibolehkan di sini ? Tiadakah takrifan asobiyyah di dalam al-Qur'an atau Hadis ? Jawapnya, ada.

      Jawapannya terdapat di dalam hadis yang sama. Matan hadis di atas tidak dipergunakan sepenuhnya. Dalam erti kata lain, PAS hanya menggunakan sebahagian sahaja daripada hadis berkenaan untuk kepentingannya dan bahagian yang tidak menyebelahinya ditinggalkan hilang dari pengetahuan para penyokongnya. Ini adalah kepalsuan pertama dalam hujah PAS di atas. Hadis di atas mempunyai maksud matan penuh yang lebih kurangnya seperti berikut:

"Bukan dari golongan kami orang-orang yang menyeru kepada asobiyyah". Kemudian ada sahabat bertanya, "Ya Rasulullah s.a.w., apakah itu asobiyyah ?". Jawap Rasulullah s.a.w., "Asobiyyah adalah apabila kamu membantu kaummu dalam perkara-perkara yang salah (maksiat)".

      Dari matan penuh hadis di atas, jelas bahawa takrifan asobiyyah itu telah ada di dalam hadis itu sendiri, dan dengan demikian akal tidak boleh digunakan untuk men-sinonim-kan asobiyyah dengan nasionalisme. Kenapa PAS menyembunyikan bahagian matan yang ini ? Adakah supaya mereka boleh sewenang-wenangnya men-sinonim-kan asobiyyah dan nasionalisme ? Inilah yang perlu ssudara-saudara semua istikharakhkan. Lihatlah dengan mata hati. Kenapa hadis ditafsirkan sekerat-sekerat ? Kenapa ditinggalkan bahagian yang tidak menyebelahi mereka ? Kenapa mereka menggunakan aqal semata-mata dalam mentafsir maksud asobiyyah ?

      Lanjutan daripada huraian di atas, maka bolehlah kita mengembangkan lagi maksud kaum itu. Dari segi bahasa, kaum bermaksud sekelompok manusia yang sama darah keturunannya. Walau bagaimanapun, bagi maksud ilmu hadis dan tafsir, makna sesuatu perkataan boleh dipergunakan selagi ada penggunaan tersebut di dalam Al-Qur'an atau Hadis. Di dalam Al-Qur'an dan hadis khususnya, perkataan kaum juga digunakan utk maksud-masud yang bukan sedarah keturunan spt dlm frasa-frasa kaum Nasrani, kamu Majusi, kaum murtad dan sebagainya. Oleh itu, untuk kegunaan ilmu hadis dan ilmu tafsir, perkataan kaum boleh juga digunakan untuk membawa maksud segolongan manusia yang sepakat dan seiya sekata dalam sesuatu perkara. Nasrani bukanlah kaum dari segi bahasa kerana terdapat pelbagai bangsa yang menganut agama Nasrani. Tetapi Nasrani adalah kaum dari segi ilmu tafsir dan hadis kerana penganut-penganutnya berpegang kepada ajaran yang sama atau serupa. Begitulah juga Majusi dan Murtad.

      Jika kita ingin mempergunakan lanjutan kepada maksud kaum dari definisi ini, maka PAS juga adalah suatu kaum kerana para penyokongnya menganut ideologi yang sama atau serupa. Adakah PAS juga termasuk dalam asobiyyah ?

      Kita lihat PAS pernah menutup mata dan mengiyakan penolakan kroninya, S46, terhadap menghapusan kekebalan raja-raja terhadap undang-undang, padahal PAS tahu undang-undang Islam menyamakan semua manusia dalam perlaksanaan undang-undangnya. PAS tahu bahawa penghapusan kekebalan raja-raja bermakna undang-undang sivil di negara ini lebih hampir kepada undang-undang hudud Islam. Tetapi mereka tetap membantu kroni mereka pada masa itu, iaitu S46, agar sokongan S46 berkekalan dan kelangsungan pemerintahan mereka di Kelantan dapat dipastikan. Jadi, siapakah yang asobiyyah berdasarkan hadis tersebut ?

      Kita lihat PAS, melalui ulama besar mereka, telah menutup mata dan meluluskan perjanjian penswastaan air di Kelantan demi kepentingan kroni-kroni mereka di dalam S46 dan di dalam istana Kelantan pada masa itu. Ini juga atas niat sama, iaitu untuk mengekalkan sokongan S46 kpd mereka. Dan perjanjian tersebut jelas mendatangkan huru-hara dalam bekalan air di Kelantan. Masih lagi mereka menyokong dan mengiyakan, malah memuji-muji tindakan ulama mereka itu. Jadi, siapakah yang asobiyyah berdasarkan hadis tersebut ? Bukankah pada masa itu S46 adalah sebahagian daripada kaum PAS di dalam APU ?

      Kita lihat PAS, sekali lagi melalui ulama besar mereka, telah mempersendakan Islam dengan keceluparannya mengatakan mereka sanggup menerima bantuan walaupun dari syaitan. Tiada sebarang teguran diberikan kpd ulama itu, malah kata-katanya ditafsirkan berbelit-belit supaya ia kelihatan elok. Siapa yang asobiyyah sekarang ?

      Saudara, banyak lagi contoh keasobiyyahan PAS kalau kita nak kupas. Saya utarakan di sini bukti-bukti yang paling jelas, terkini dan tersensasi supaya bukti-bukti ini tidak dapat disampuk oleh penyokong mereka. Kalau mereka cuba nak menyanggah, anda, mungkin sebagai orang atas pagar yang masih samar-samar di antara kebenaran UMNO dan PAS, silakan beristikharakh. Carilah kebenaran, kerana sebaik sahaja anda mula mencari kebenaran melalui cara-cara yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w., maka kebenaran sebenarnya akan mencari anda sehingga bertemu.

      Berbalik kepada isu istikharakh, PERKARA JELAS dan PERKARA SAMAR. Daripada hadis di atas perkara-perkara yang JELAS adalah:
  1. Takrif asobiyyah - iaitu orang yang membantu kaumnya dalam perkara2 yang salah dan maksiat.
  2. Asobiyyah adalah orang yang tidak diakui umat oleh Nabi s.a.w.
  3. PAS telah menyembunyikan sebahagian besar daripada hadis berkenaan dan menggunakan sebahagian kecil sahaja untuk kepentingan mereka.
Manakala yang SAMAR adalah:
  1. Kenapa PAS menyembunyikan bahagian hadis yang selebihnya itu ?
  2. Dari mana datangnya cetusan hati PAS untuk mensinonimkan asobiyyah dan nasionalisme ?
  3. Huraian yang mana lebih lengkap terhadap hadis tersebut; huraian PAS atau UMNO ?
Saudara-saudara sekalian, 3 perkara yang SAMAR di ataslah yang perlu anda istikharakhkan.